TaPP n Go dibangunkan untuk membantu pihak penguatkuasa JKPTG menguruskan tanah PTP terutamanya dalam urusan permohonan dan pengambilan tanah. Menggunakan platform ArcGIS, pengguna boleh mendapatkan maklumat spatial dan bukan spatial terkini yang disediakan oleh ArcGIS server. Aplikasi ini menawarkan beberapa fungsi untuk memudahkan penguatkuasa JKPTG. Antara fungsi yang ditawarkan adalah seperti:
- Paparan Peta
- Paparan Maklumat Tanah
- Carian Tanah berdasarkan No JKPTG atau UPI
- Carian berdasarkan Koordinate
- Navigasi
Paparan Peta yang menarik
Paparan peta memiliki galeri peta asas ArcGIS. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk menukarkan paparan peta asas mengikut keperluan pengguna. Selain peta asas, lapisan peta lain yang dipaparkan di atas peta asas adalah tanah PTP yang berstatus Permohonan, QT, FT, dan Rizab. Fungsi asas untuk paparan peta juga disediakan seperti fungsi zoom in, zoom out, default view, lokasi semasa, dan petunjuk peta.
Carian
Selain paparan peta, pengguna juga boleh membuat carian tanah PTP seperti yang diperlukan. Dua pilihan carian yang disediakan iaitu Carian berdasarkan No JKPTG atau UPI, dan Carian berdasarkan coordinate. Hasil carian akan dipaparkan terus di atas paparan peta.
Navigasi ke tanah PTP
Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menggunakan fungsi navigasi ke tanah PTP yang dikehendaki. Navigasi akan mendapatkan lokasi semasa pengguna sebagai tempat bermula dan lokasi tanah PTP sebagai destinasi. Fungsi navigasi menggunakan Google Map Navigation sebagai platform.
The TFI Go App allows you to buy tickets for participating Transport...
Download USGS topographic maps for offline use when no internet connection is...
Ferrata Guide - The biggest Via Ferrata database containing ferratas from Austria,...
You can use Tranzer to buy public transport tickets “on the go”....
Created with AppPage.net
Similar Apps - visible in preview.