About MARDI Penanaman Cendawan Tiram
Aplikasi ini dibangunkan oleh MARDI sebagai panduan permulaan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan penanaman cendawan tiram kelabu. Cendawan tiram kelabu dengan nama saintifiknya Plerotus sajor caju merupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusaha cendawan kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi. Cendawan ini dinamakan tiram kerana bentuk tudungnya bulat, lonjong dan melengkung menyerupai cengkeram tiram. Permukaan tudung cendawan tiram licin. Tepi tudungnya bergelombang dan mencapai diameter 2-3cm. Tangkai cendawan tiram kelabu berkedudukan di pinggir tudung. Semoga dengan adanya aplikasi ini, minat untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan penanaman cendawan akan dapat dipertingkatkan dan lebih memberi keyakinan kepada sesiapa yang ingin mencuba melibatkan diri dalam penanamannya.
Similar Apps
MARDI myBioAgent
Aplikasi mudahalih myBioAgent adalah merupakan aplikasi berkaitan teknologi pembiakan agen kawalan biologi...
MARDI myAgriManager
Aplikasi mudah alih yang berfungsi untuk membantu petani menguruskan penanaman dengan memberi...
MARDI myPadiManager
Aplikasi mudah alih yang berfungsi untuk membantu petani menguruskan penanaman padi dengan...
AgriTech AR
Menjadi keperluan bagi semua orang untuk mengetahui, bahawa sektor pertanian adalah merupakan...
MARDI myNanas
Aplikasi mudah alih yang memaparkan maklumat berkaitan teknologi penanaman nanas yang boleh...
MARDI myBeeMenu
Aplikasi mudah alih yang mempunyai pangkalan data berkaitan pokok dan tumbuhan yang...