Back to Top
Pandainya Melayu Dalam Sastera Screenshot 0
Pandainya Melayu Dalam Sastera Screenshot 1
Pandainya Melayu Dalam Sastera Screenshot 2
Pandainya Melayu Dalam Sastera Screenshot 3
Free website generator for mobile apps; privacy policy, app-ads.txt support and more... AppPage.net

About Pandainya Melayu Dalam Sastera

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Kearifan Tempatan Pandainya Melayu Dalam Karya Sastera Oleh Rahimah A. Hamid. Dalam format Pdf.

Buku ini diberi judul Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam Karya Sastera kerana para penyumbang dalam buku ini telah menggunakan hasil karya kreatif, iaitu karya kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, juga drama dan filem sebagai sumber untuk meneliti tentang ilmu kearifan tempatan orang Melayu ini.

Dalam erti kata lain, hasil karya kreatif telah dipilih sebagai data kajian oleh sejumlah pengkaji, pakar dan cendekiawan yang berminat terhadap ilmu kearifan tempatan ini untuk diteroka bagi menggali kepandaian orang Melayu yang tersimpan didalamnya. Diharapkan agar tulisan mereka dapat mengembangluaskan lagi makna kearifan tempatan sebagai suatu epistemologi ilmu tempatan yang mampu melahirkan ilmu-ilmu baharu untuk dilestarikan supaya dapat diwarisi oleh generasi terkemudian, dan juga dapat diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa di luar lingkungan alam Melayu.

Justeru, penghasilan buku yang merakamkan kearifan tempatan masyarakat Nusantara, khususnya orang Melayu ini dilihat sungguh bermakna, lebih-lebih lagi apabila para penyumbang berusaha untuk melahirkan ilmu-ilmu baharu yang berasal daripada kepandaian masyarakat lampau bagi memperkukuhkan bidang ilmu ini dan demi mengelakkan ilmu kearifan tempatan masyarakat di rantau ini pupus ditelan masa atau terkubur begitu sahaja.

Ilmu kearifan tempatan yang dihimpunkan di dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan dan tulisan para penyumbang dalam pelbagai disiplin ilmu yang kemudiannya dikelompokkan ke dalam beberapa alam seperti sejarah, sastera, pendidikan, masyarakat desa, perubatan desa, perubatan tradisional, rohaniah, seni pembinaan, perkapalan dan perniagaan, pengurusan adat tradisional Melayu, air, belantara dan pertanian.

Buku ini khusus membincangkan topik-topik dalam bidang kesusasteraan, tetapi wacananya menyentuh pelbagai alam seperti kepandaian orang Melayu mentadbir negara kota dan bangsa, berdagang, menjalin hubungan diplomatik pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa, kepandaian mencipta senjata, sifat hikmah dalam berdakwah, kehalusan budi dalam menyatakan kasih sayang, keupayaan melahirkan idea- idea kreatif dan bernuansa, juga kebijaksanaan dalam menyelesaikan konflik.

Teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional yang dipilih oleh para penyumbang dilihat telah merakamkan kearifan Melayu tentang hal-hal tersebut sejak zaman berzaman, dan kemudiannya turut terisi dalam teks-teks kesusasteraan moden, drama televisyen dan juga filem masa kini.


Mudah-mudahan isi materi dari Aplikasi ini dapat bermanfaat untuk introspeksi diri dan berbenah yang lebih baik dalam kehidupan sehari-hari.

Mohon berikan kami Ulasan dan masukan untuk perkembangan Aplikasi Ini, Berikan Nilai Bintang 5 untuk memberi rasa semangat pada kami dalam mengembangkan aplikasi-aplikasi bermanfaat lainnya.

Selamat membaca.



Disclaimer :
Semua konten dalam aplikasi ini bukan merek dagang kami. Kami hanya mendapatkan konten dari mesin pencari dan situs web. Hak cipta dari semua konten dalam aplikasi ini sepenuhnya dimiliki oleh pencipta yang bersangkutan. Kami bertujuan untuk berbagi ilmu dan memudahkan belajar bagi pembaca dengan aplikasi ini, jadi tidak ada fitur download dalam aplikasi ini. Jika Anda adalah pemegang hak cipta dari file konten yang terdapat dalam aplikasi ini dan tidak suka konten Anda ditampilkan, silakan hubungi kami melalui pengembang email dan beri tahu kami tentang status kepemilikan Anda pada konten tersebut.

Similar Apps

Dasar Statistik Penelitian

Dasar Statistik Penelitian

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Dasar-Dasar Statistik Penelitian Oleh Nuryadi, S.Pd.Si.,...

Buku Cerdas Mengelola Keuangan

Buku Cerdas Mengelola Keuangan

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Cerdas Mengelola Keuangan Buku Saku Calon...

Budaya Organisasi Kepemimpinan

Budaya Organisasi Kepemimpinan

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Budaya Organisasi Dan Kepemimpinan Di Lembaga...

Urban Sufism

Urban Sufism

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Buku Yang Berjudul Urban Sufism Oleh...

Teologi Pernikahan Pasca Nikah

Teologi Pernikahan Pasca Nikah

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Teologi Pernikahan Internalisasi Nilai-Nilai Teologis Islam...

Syama’il Rasulullah

Syama’il Rasulullah

0.0

Aplikasi Android ini adalah Penjelasan Tentang Syama’il Rasulullah Kajian Mengenai Mukjizat, Sosok...