The practice of chanting can calm the soul & bring you closer to GOD
Berzikir atau zikir kepada Allah adalah ibadah untuk kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesaran seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati atau pun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.
Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa bermaksud MENGINGATI. Manakala dari segi istilah pula zikir ialah mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap masa dan tempat dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala mendorong seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga adalah satu usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Ahzab ayat 41:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
صدق الله العظيم
Yang Bermaksud :- "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya"
Marilah sama-sama kita beramal dengan Zikrullah Harian kerana dengan berzikir itu hati kita tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram
Mrilah sama-sama kita mengingati ALLAH S.W.T dengan banyak berzikir....
INSYA ALLAH...
Aplikasi yang menyediakan Aneka Resepi Kuih & Biskut Raya warisan kita sepanjang...
AL-QURAN dan terjemahan dalam bahasa Melayu yang lengkap (114 Surah) 30 Juzuk.Sesuai...
Aplikasi Kitab E-MUQADDAM yang lengkap dengan terjemahan (Melayu & English) untuk kita...
Aplikasi hebat yang penuh manfaat tentang Panduan Solat FARDHU (Solat 5 Waktu)...
Aplikasi yang menyediakan bacaan ayat-ayat AL-QURAN lengkap (FULL) 30 JUZ untuk amalan...
Kaedah yang efisyen dalam pengajian AL-QURAN dengan cepat dan berkesan.Pantas dan mudah...
Created with AppPage.net
Similar Apps - visible in preview.